Wednesday, 29 February 2012

<?!aDam & HawA - Two!?>



Telah lama ku nantikan

Saat semua ku impikan

Kau jadi ratuku

Wahai bidadari ku

langkah lah duniaku..

Bawalah aku ke alam mimpimu

Mencintai mu takkan pernah menjenuh akan ku

Tulusnya hatiku dalam mencintai mu

Semuanya untukmu...

Peluklah aku jika terkenang

Semua kau idamkan

Semua hanya milikmu

Kau tercipta untuk diriku

Bukuan maksudku untuk melukaim

Bukan niatku dari dahulu

Semua hanya kerna ku sayang padamu

Kau tercipta untuk temani diriku...

o0o0o.. yeh yehhh

Bersyukur kita pada Yang Esa(terciptanya cinta)

Ku mendoakan kebahgiaan selalu

Peluk lah aku jika terkenang

Semua kau idamkan semua hanya milikmu

Kau tercipta untuk diriku

Bukan maksud ku untuk melukai mu

Bukan niatku dari dahulu

Semua hanya kerna ku sayang pada mu

Kau tercipta... 



 mekasih awak,,,sangat-sangat bermakna untuk saya tapi lagi bermakna kalau awak ucapkan sendiri untuk saya (allaaa lebih2 lark sye nie,tpi itu hkkat hati b'kata2)...walaupun saya tahu memang awak tak akan cakap macam 2 depan saya,,andailah satu hari ia jadi kenyataankan tersangat gembira saya tak dapat bayangkanlah,,(angan2 saya memang kuatkan??mcam lar orang tuu nak cakapa mcam 2 at saya,jgan nak pasan sangat lar kan elynn)...ya allah masa mula2 awak suruh dengar lagu nie saya xcited sangat nak dengar rupanya best kowt lirik dye,,sangat2 indah bagi saya tapi lagi indah kalau semua tu ungkapan pemilik hati saya kan??kan?kan??apa-apa pown mekasih sebab suruh dengar lagu nie,saya sukew sangat-sangat awak.xtahu pulak awak nie sweet jugak dalam diam-diamkan (HEHEHE sebelum nie pown sweet jugak tapi nie lagi sweet kowt) heeehee jangan pasan lebih dah lar,,,ckit2 jew ea awak tapi memang realiti pown saya cakap...tipu sangat lar kan kalau saya tak senyum sorang2 dengar,,,tapi jeles tuu tetap aderr kan (macam awak cakap tipu lar kalau tak jeles kan) heheheh [haper saya melalot pown tak tahu,tapi saya memang jeles lar,,tak kisah pasal aper pown sume saya jeles] hahahah terover jeles daa,,saje jew suke2 nie,,, 





mungkin awak pelik kan kenape saya macam tuu tapi saya memang macam tuu kalau awak dah betul-betul faham saya lar kan...heheheheh (yeke aqu macam tuu,,hahaha ohh tidak termengaku sudaaa) eeheee..

masa awak tanya macam tuu dekat kawan KITERR saya terkejut sangat-sangat,,saya tak sangka awak boleh cakap macam tuu !!!sebab tuu saya TEXT macam tuu,,,alik2 awak bagi lagu nie (lagu sesuai utk saya)sesuai kew???sesuai lar kowt sebab tuu bagi,ahhaah,,wah sweet sangat maser tuuu saya rasa,,hohoho (maaflah saya pasan sendiri,,pasan kan???) tapi ckit jew dok banyak macam awak..ehehehe...saya harap awak tak pikir macam tuu da sebab saya dah bagitahu aawak kan...tak ada yang lain selain awak melainkan takdir yang memisahkan awak dengan saya ..susah maner pown saya tak nak tapi saye kenerr terima andai ketentuan ALLAH,,,saya mohon sangat pada awak tak yah nak pikir bukan-bukan sangatlah kan "saya sayang awak lah"hoohoho sayang kew???mesty da cyunk awak!!!TOLONG!TOLONG!TOLONG JANGAN PIKIR MACAM TUU LAGI,,,TOLONG AWAK EA,,,jangan pikir bukan-bukan tau..



SAAT INI SAYA TERCIPTA UNTUK AWAK DAN INSYAALLAH SAMPAI BILA-BILA HANYA UNTUK AWAK,AMIN...:)

ikhlas dari hati kecil pemilik hatimu :)

Monday, 27 February 2012

BerNiLAIkAH anDA???jOM baCA nieee :)



saya kongsi satu cerita yea,,,,ad seorang tanya pada orang ramai pada suatu majlis 
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,



“Siapa yang nak duit ini?”.


Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

itulah hakikat islam walau kaya,miskin,kotor bersih dan sebagainya tetapi allah subhanallah taala memandang makhluknya pada aras yang sama dan yang membezakan mereka hanyalah amalan yang dilakukan...cukup kew iman dan taqwanya kepada ALLAH??? itu adalah keutamaan allah,maka jangan sesekali rasa rendah diri jika kita miskin dan tak punya apa seperti orang lain...yakinlah akan adanya allah dan yakinlah serta kuatkan iman dan taqwa kepada allah kerana itu adalah sangat berharga dan tinggi di mata ALLAH SUBHANALLAH TAALA....semoga semua dapat pertingkatkan taqwanya kepada allah (tak lari dari itu untuk diri saya juga peringatan ini)..sama-sama mempertingkatkan diri untuk kebahaguan bersama dunia (sementara) dan akhirat (kekal abadi)...:)

Sunday, 19 February 2012

~QAdha SOLAt taHAJjUD ~

ASSALAMUALAIKUM 
Bagi orang yang memiliki kebiasaan tahajjud, kemudian tidak sempat mengerjakannya karena sebab tertentu, dianjurkan untuk menqadhanya. Waktunya adalah antara subuh sampai menjelang zuhur. Berdasarkan sabda Nabi MUhammad s.a.w
من نام عن حزبه أو عن شيء منه فقرأه فيما بين صلاة الفجر وصلاة الظهر كتب له كأنما قرأه من الليل
Siapa saja yang tertidur, sehingga tidak melaksanakan kebiasaan solat malamnya, kemudian dia baca (mengerjakannya) di antara solat subuh dan solat zuhur maka dia dicatat seperti orang yang melaksanakan solat tahajud di malam hari.” (Hr. Muslim, Nasa’i, Abu Daud, dan Ibnu Majah)
Penulis kitab Aunul Ma’bud mengatakan, “Hadis ini menunjukkan disyariatkannya melakukan amal soleh di malam hari. Dan menunjukkan disyariatkannya mengqadha amalan tersebut jika tidak sempat melaksanakannya, karana tertidur atau uzur dan selainnya. Siapa saja yang melaksanakan qadha amal ini di antara solat subuh dan solat zuhur maka dia seperti melaksanakannya di malam hari.” (Aunul Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 4:139)

JUMLAH RAKAAT SOLAT TAHAJJUD

Jumlah rakaatnya sama dengan jumlah rakaat solat tahajjud ditambah satu (digenapkan). Misalnya, seseorang memiliki kebiasaan tahajud 11 rakaat maka nanti diganti di waktu dhuha sebanyak 12 rakaat. Barang siapa yang memiliki kebiasaan tahajud 3 rakaat maka diganti di waktu dhuha sebanyak 4 rakaat, dan seterusnya. Berdasarkan hadis riwayat Aisyah radhiallahu ‘anha; beliau mengatakan,
كان رسول الله إذا عمل عملاً اثبته، وكان إذا نام من الليل أو مرض، صلّى من     النهار ثنتي عشرة ركعة
Apabila Rasulullah s.a.w melakukan satu amalan, beliau melakukan dengan istiqamah, dan apabila beliau tertidur di malam hari atau karena sakit maka beliau solat 12 rakaat di siang hari.” (Hr. Muslim dan Ibnu Hibban)
Nabi Muhammad s.a.w melaksanakan solat qadha 12 rakaat karana beliau memiliki kebiasaan solat malam sebanyak 11 rakaat. Allahu a’lam.
sungguh mulianya ALLAH subhanallah taala kepada hambanya,,,walaupun hambanya tidak sempat untuk melakukan kebiasaan solat malam pada masa yang betul tetapi ALLAH masih memberi peluang kepada hambanya untuk mengadhakan solat tersebut,lihat betapa ALLAH sayang akan hambanya dan tetap memberi peluang kepada hambanya untuk beroleh pahala dan lebih mendekatkan diri kepadanya...subhannallah indahnya agama INDAH ini yakni "ISLAM"...tetapi adakah kita sudah mensyukuri akan nikmat ALLAH ini kepada kita???jika tidak mohon direnungkan dan difahami dengan lebih mendalam dan perassan cinta akannya,INSYAALLAH akan mudah untuk mengerti dan mengetahui bahawa indahnya ISLAM...(tidak maksudkan kepada sesiapa malah untuk saya muhasabah diri saya juga dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan,sahabat-sabahat,saudara-saudara seislam saya  dan yang seangkatan dengannya,,,)...moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan mohon susun sepuluh jari dan mohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dengan secara langsung atau tidak langsung yea..saya manusia biasa yang serba kekurangan  tidak lari dari melakukan kesilapan,jika tidak berlaku kesilapan mana mungkin dapat saya perbetulkan diri saya yang masih banyak kekuranagan ini...sekian coretan dari pemilik hatimu :)
@~@,,,mEnJaDi isTeri YaNG diREdhaI ALLAH,,,@~@


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

TIADA lebih membahagiakan bagi seorang suami melainkan memanjatkan rasa kesyukuran dan bertuahnya mereka apabila dikurniakan seorang isteri yang bijak, solehah, bersederhana serta mempunyai watak menarik.
Ia dikira ‘pakej lengkap’ bagi seorang wanita selepas sifat kesempurnaan seorang isteri itu subur dalam diri mereka. Dalam melayari kehidupan rumah tangga pasangan suami isteri perlu memiliki kekuatan mental dan fizikal.
Mereka perlu sentiasa mempertingkatkan kemahiran asas rumah tangga dan meminta pandangan dan nasihat daripada golongan berpengalaman seperti ibu bapa mereka.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’ ayat 34)
Ketaatan isteri kepada suaminya memudahkan mereka mendapat syurga Allah s.w.t di akhirat kelak kerana ketaatan terhadap suami menjadi ukuran kepada keredaan-Nya.
Diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam Israk Baginda di mana kebanyakan penghuni neraka adalah kaum wanita iaitu termasuk wanita derhaka kepada perintah Allah s.w.t dan suaminya.
Isteri yang taat dapat dinilai melalui bicaranya yang memperlihatkan kelembutan dan kesopanan, mereka juga tidak sesekali memerintah suaminya, berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, apabila suami masuk atau keluar rumah mereka menyambut suami dengan penuh mesra, sentiasa menghormati keluarga suami, bersyukur dengan apa yang disediakan suami serta tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
Bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak berlaku dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami itu menjurus kepada dosa dan kemaksiatan isteri dibenarkan membantah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki ke atas wanita.”
Berhias untuk suami juga penting dalam mengekalkan keharmonian hidup suami isteri. Namun isteri hanya boleh memperlihatkan perhiasan hanya buat suami mereka saja.
Ia bertujuan untuk menjadikan suami mereka terhibur. Bayangkan jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih namun apabila melihat muka isteri berseri-seri pasti akan menimbulkan suasana tenang kepada suami.
Keletihan mencari rezeki akan menjadi hilang malah membangkitkan lagi perasaan kasih sayang terhadap isterinya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dari Jabir ra. Dia berkata: ‘Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana lama ditinggalkan suaminya.’”
Selain itu, hubungan intim juga antara penyumbang kepada kebahagiaan sebuah rumah tangga. Sebab itu, isteri perlu memberi layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuannya.
Terdapat banyak kes membabitkan pasangan yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan sehingga sampai ‘berperang besar.’
Perkara sedemikian perlu dielakkan kerana ia mencetuskan suasana tegang antara pasangan.
Isteri hanya boleh menolak permintaan suami dalam keadaan tertentu seperti dalam keadaan sakit atau dalam keadaan dilarang syarak untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid.
Kemuliaan dan ketaatan isteri di mata suami akan lebih terserlah apabila mereka mampu menjadi teman berunding apabila suami menghadapi masalah.
Isteri perlu tahu ketaatan mereka kepada suami adalah perintah daripada Allah s.w.t. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.
Ulama asy-Syafi’eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari melakukan ketaatan yang wajib terhadap suaminya. Antara perkara yang menunjukkan isteri nusyuz terhadap suaminya ialah keluar rumah tanpa keizinan suami.
Fuqaha bersepakat mengatakan haram hukumnya seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya. Mereka dilaknat selagi mana tidak melakukan taubat.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Islam meletakkan beberapa tindakan dalam menangani masalah isteri nusyuz antaranya ketika nampak tanda nusyuz pada isteri sama ada dengan perbuatan seperti isteri bermasam muka atau berpaling atau isteri menjawab percakapan suaminya dengan suara kasar maka sunat ke atas suami memberi nasihat.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka.” (Surah an-Nisa: 34)
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Nasihatilah kaum wanita secara baik kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang berada di bahagian yang paling atas. Jika engkau meluruskannya bererti engkau mematahkannya; dan jika engkau membiarkannya maka dia akan tetap bengkok. Oleh itu, nasihatilah kaum wanita secara baik.” (Hadis riwayat Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 1468)
Justeru buat isteri, rebutlah peluang mudah jalan menuju ke syurga dengan melaksanakan kewajipan terhadap Allah serta mentaati suami.
Perunding motivasi dan penceramah, Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata isu yang dikaitkan dengan Kelab Isteri Taat mempunyai misi tersurat dan tersirat.
“Matlamat mereka adalah untuk mengajak golongan isteri supaya berpoligami.
“Ia sebenarnya tidak perlu diperbesar-besarkan kerana isu yang lebih penting ialah memberi fokus bagaimana untuk menjana pendapatan golongan janda, keruntuhan rumah tangga serta memperbaiki kelemahan diri sendiri,” katanya.
Beliau berkata poligami sebenarnya adalah untuk mereka yang berkemampuan dan boleh memberi keadilan kepada setiap wanita yang dinikahinya.
“Hanya lelaki yang benar-benar boleh berlaku adil dan berkemampuan untuk menyara kehidupan anak dan isteri boleh berkahwin lebih daripada satu berdasarkan hukum syarak.
“Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3 yang bermaksud: “Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang baik bagimu, dua, tiga atau empat orang. Tetapi jika kamu takut bahawa tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja atau hamba sahaya yang demikian itu lebih dekat kepada tidak teraniaya.
“Apa yang kita tidak mahu ialah jika ada yang mengambil kesempatan dengan kekurangan yang dimiliki namun mempunyai impian untuk mempraktikkan poligami. Dalam Islam kita ‘takut’ isteri kerana bimbang tidak dapat berlaku adil sesama mereka,” katanya.
Mohd Zawawi berkata dalam perkahwinan, malah poligami sekalipun matlamatnya bukan nafsu seks semata-mata kerana semua itu bersifat sementara.
“Nafsu manusia ini sebenarnya tidak pernah ‘kenyang’. Semua orang mesti ingat bahawa sebab utama poligami ialah untuk keadilan, ketaatan dan akidah.
“Ramai yang menyatakan tujuan mereka berpoligami adalah untuk mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Tetapi Rasulullah s.a.w sebenarnya berpoligami atas sebab syarak. Pokok pangkalnya, hanya akidah yang mampu menyelesaikan nafsu tidak terbatas,” katanya.
Beliau berkata suami boleh guna kaedah poligami atas sebab terdapat masalah kesihatan atau keturunan yang membabitkan pihak isteri.
“Wajib berpoligami jika bimbang suami akan terjerumus ke dalam kancah maksiat. Maka poligami menjadi penyelesai masalah terutama berkaitan kesihatan dan keturunan yang menjadikan kehidupan itu lebih harmonis,” katanya.


citew nie saye bace dekat 1 page y mmg sye selalu follow lar,,sye sukew sgt bce nie sebb 2 sye kongsi,,sgt2 menarik bagi sye tpi utk y lain sye xthu lar kan..harap sme lar kn..heheh....tetibe bce nie hati ckp cpew xnk jadi mcm 2,,ahhaah...bersoal jawab dengn hati sndri sbb itu lah sye sukew sgt..heheheh...sye mmg sukew lar bab2 mcm nie,,mklum lar cpew xknl sye kan,,, "kuat berangan"..kuat kew???kuat sesgt lah,huuhu...tapi brngn ble x aderr keje lar bru brngn,,,lau aderrr keje xngt da nk brngan..huhuhu ayt macam berang 2 wajib jew kan??hhuhuuh,,,tak aderr lar,, :P

Saturday, 18 February 2012

^^ keISTimeWAAn MEnjADI seORang WANITA @ IBU ^^

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

saya nak kongsi satu fakta tentnag istimewanya wanita,,,allah jadikan wanita seorang yang mulia dan tinggi darjatnya daripada lelaki,,,sungguh indah ciptaan allah subhanallah taala,,wanita dapat melahirkan zuriat hasil perkahwinan yang didirikan,,,dengan pengorbanan seorang wanita setelah sembilan bulan mengadungkan bayi (if cukup bulan lar,,ad jew yang lahir awal..heheheh) al maklum lar baby xsabar nak kenal duniakan,,hehehhe..allah telah janjikan yang terbaik untuk semua kaum wanita,,semua dosa terhapus setelah melahirkan bayi dan disebabkan itu ramai wanita tidak melepaskan peluang untuk mendirikan mahligai indah yakni perkahwinan (tetapi jangan salah faham,kahwin tak semudah ynag kita sangka perlu ikut cara islam,,tak mudah untuk kahwin,,,bukan sperti makan coklat,,makan coklat pown xmudah kan,,heheheh...kalau tak ada gigi macam manerr nak makan kan,,kalau kemam jew lama nak habis kan,,heheheh,jangan terase yea,tak maksudkan saper2 pown,,)

NIE NAK KONGSI FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN...jom baca yea,,untuk kaum wanita ketahui lah begitu istimewanya kaum wanita nie,,jangan menyesal menjadi wanita tetapi bersyukurlah anda menjadi wanita....nie tak dah jadi wanita alik2 nak tukar jadi lelaki (senang2 jew kan)....amik remeh jew,hehheheh,,,membebel lark saya nie,,,tapi bukan nak cakap aper pown memang zaman sekarang ramai macam 2 kan???kan3???heheheh,,korunk nie penat tau dok "kan3"..jawablah??? yea pemilik hati,,hahaha...pasannyer lar..hheeh..juz 4 kidding..

@_@10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN @_@


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.


2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.



3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.



4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.



5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.



6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 



7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.



8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.



9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 



10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji



setelah bertarung nyawa maka lahirlah seorang bayi ynag tersangat suci dan lagi cantik ini,,,anugerah allah untuk pasangan yang mendirikan mahligai "PERKAHWINAN"...
menariknyer menjadi wanitakan???selamat membaca,semoga memberi manfaat untuk semua...heheheheh,,maaf kalau pemilik hati ada tersalah tulis,itu kesilapan pemilik hati,,,lumrah manusai kan "tak lari dari melakukan kesilapan"...kalau tak silap tak menjadi kita lebih baik kan???heheeheheh,,,maaf kalau celoteh pemilik hati nie terlalu panjang dan sukar untuk faham..maklum lah da tulis nie over idea yang bukan2 lebih kowt...hehehheheheh...sekian maasalamah wailaliqad ^_^

cAra MuDAH meNCari MUka SUraT daLAm "AL-QURAN"

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi
 Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita 
semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)


Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.



Jom sama2 kita belajar... ;)



...Contoh 1...
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?



...Contoh 2...
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182



...Contoh 3...
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...



MENARIKKAN???jom ajar pada adik-adik kita yang masih baru mengenal dunia dan -mempelajari bacaan al-quran,,sama-sama mambantu mereka untuk memudahkan mereka lagi,,tak rugi pun kita luangkan mase untuk ajar mereka,,dapat pahala dan sudah menjadi tanggungjawab kita kn saling bantu membantu...
selamat mencuba,semoga dapat membantu semua...
sedikit perkongsian yang tidak seberapa dari saya ar_lynnjuly...
,,,maasalamah wa ilaliqad,,,,

Friday, 17 February 2012

@_@ aDAm & HaWA ~ OnE @_@

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman



Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta


heheheh,,,best sgt lagu nie,,khas utk awk,,elok sgt2 lar kan,kelakar lar (apa yg klakar pown sye dok thu,,ehheeheh)..lagu nie sgt2 istmewa utk sye sbb 2 sye bg awk suh awk dgr,,,sume y istimewa bg sye istimewa juga utk awk..heeheheh..jelez tak?jeles tak?hhuuhuh ckit pown dok jelez,,eleyh dlm hari wah sweet nyerr..ahahah...tak aderr lar...melalot jew lebih...nie utk awk + y t'bru bg 2 ha...hhehehe :P

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati


Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati


heheheh,nie awk lark suh sye dgr kan,,,mse mula awk gtau sal lagu nie xnak pown dgr,hahaaha..knon lar kan xnk dgr tp alik2 terus dgr,,,ngaderr kan,,sje jew jual mahal,,huhuhu,,,ble da dgr 2,wah sukeww nyer,,,lirik dye best kan + video clip dia??sukew2,,smpy roomate sye n kwn sye pown sukeww dgr,,hheeh manerrr x nyerrr sbb sye selalu dgr,,,hehehe malunyerr sye _^_~ hehee,smpy satu mse bleh sye ckp nak jadi macm 2 larh,,ehheh,,,insyaallah,,kwn sye jawab boleh jew n sesuai sgt2 lar 2,,heheh..insyaallah sye akn try n kuat utk itu sbb itu da jdi sbhgian dri hrapan hidup sye...alik2 dtg lgu nie mmg terkejut lar,,mcm tahu jew awk nie (a****f )..hooho,,sukeww lorh ;D