Sunday, 19 February 2012

~QAdha SOLAt taHAJjUD ~

ASSALAMUALAIKUM 
Bagi orang yang memiliki kebiasaan tahajjud, kemudian tidak sempat mengerjakannya karena sebab tertentu, dianjurkan untuk menqadhanya. Waktunya adalah antara subuh sampai menjelang zuhur. Berdasarkan sabda Nabi MUhammad s.a.w
من نام عن حزبه أو عن شيء منه فقرأه فيما بين صلاة الفجر وصلاة الظهر كتب له كأنما قرأه من الليل
Siapa saja yang tertidur, sehingga tidak melaksanakan kebiasaan solat malamnya, kemudian dia baca (mengerjakannya) di antara solat subuh dan solat zuhur maka dia dicatat seperti orang yang melaksanakan solat tahajud di malam hari.” (Hr. Muslim, Nasa’i, Abu Daud, dan Ibnu Majah)
Penulis kitab Aunul Ma’bud mengatakan, “Hadis ini menunjukkan disyariatkannya melakukan amal soleh di malam hari. Dan menunjukkan disyariatkannya mengqadha amalan tersebut jika tidak sempat melaksanakannya, karana tertidur atau uzur dan selainnya. Siapa saja yang melaksanakan qadha amal ini di antara solat subuh dan solat zuhur maka dia seperti melaksanakannya di malam hari.” (Aunul Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 4:139)

JUMLAH RAKAAT SOLAT TAHAJJUD

Jumlah rakaatnya sama dengan jumlah rakaat solat tahajjud ditambah satu (digenapkan). Misalnya, seseorang memiliki kebiasaan tahajud 11 rakaat maka nanti diganti di waktu dhuha sebanyak 12 rakaat. Barang siapa yang memiliki kebiasaan tahajud 3 rakaat maka diganti di waktu dhuha sebanyak 4 rakaat, dan seterusnya. Berdasarkan hadis riwayat Aisyah radhiallahu ‘anha; beliau mengatakan,
كان رسول الله إذا عمل عملاً اثبته، وكان إذا نام من الليل أو مرض، صلّى من     النهار ثنتي عشرة ركعة
Apabila Rasulullah s.a.w melakukan satu amalan, beliau melakukan dengan istiqamah, dan apabila beliau tertidur di malam hari atau karena sakit maka beliau solat 12 rakaat di siang hari.” (Hr. Muslim dan Ibnu Hibban)
Nabi Muhammad s.a.w melaksanakan solat qadha 12 rakaat karana beliau memiliki kebiasaan solat malam sebanyak 11 rakaat. Allahu a’lam.
sungguh mulianya ALLAH subhanallah taala kepada hambanya,,,walaupun hambanya tidak sempat untuk melakukan kebiasaan solat malam pada masa yang betul tetapi ALLAH masih memberi peluang kepada hambanya untuk mengadhakan solat tersebut,lihat betapa ALLAH sayang akan hambanya dan tetap memberi peluang kepada hambanya untuk beroleh pahala dan lebih mendekatkan diri kepadanya...subhannallah indahnya agama INDAH ini yakni "ISLAM"...tetapi adakah kita sudah mensyukuri akan nikmat ALLAH ini kepada kita???jika tidak mohon direnungkan dan difahami dengan lebih mendalam dan perassan cinta akannya,INSYAALLAH akan mudah untuk mengerti dan mengetahui bahawa indahnya ISLAM...(tidak maksudkan kepada sesiapa malah untuk saya muhasabah diri saya juga dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan,sahabat-sabahat,saudara-saudara seislam saya  dan yang seangkatan dengannya,,,)...moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan mohon susun sepuluh jari dan mohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dengan secara langsung atau tidak langsung yea..saya manusia biasa yang serba kekurangan  tidak lari dari melakukan kesilapan,jika tidak berlaku kesilapan mana mungkin dapat saya perbetulkan diri saya yang masih banyak kekuranagan ini...sekian coretan dari pemilik hatimu :)

No comments:

Post a Comment